Home Pasaran Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Dibuka
Pasaran

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Dibuka

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Dibuka

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Livevartha) — Ringgit kekal tidak berubahberbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun lebih tinggi berbanding mata wang utama lain ketika dibukapada Rabu susulan permintaan meningkat terhadap dolar apabila data utama ekonomi AS dikeluarkan semalam, kata penganalisis.

Pada pukul 8 pagi, ringgit kekal mendatar pada paras 4.850/4.4900 berbanding dolar AS sejak ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kembali memperoleh momentum selepas “Job Openings and Labour Turnover Survey” (JOLTS) melaporkan lebih banyak pekerjaan tersedia pada November tahun lepas.

Beliau berkata selain itu sentimen perniagaan dalam sektor perkhidmatan bertambah positif pada Disember 2024 dengan Indeks ISM bagi sektor bukan pembuatan meningkat kepada 54.1 mata daripada 52.1 mata pada bulan sebelumnya.

“Jadi, ini bermakna dolar AS akan kekal positif memandangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin tidak tergesa-gesa untuk menurunkan lagi kadar faedah. Ini juga bermakna mata wang negara sedang pesat membangun termasuk ringgit dijangka lebih lemah berbanding dolar AS,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berpendapat kenaikan Indeks ISM yang tidak dijangka itu telah membawa penjualan bon Perbendaharaan AS, mendorong hasil menjadi lebih tinggi dan memberi tekanan negatifke atas pasaran ekuiti.

Hasil Perbendaharaan AS berjangka dua tahun dan 10 tahun meningkat sebanyak 2.0 dan 5.0 mata asas untuk masing-masing ditutup pada paras 4.30 peratus dan 4.67 peratus.

“Data ini secara efektif telah meredakan sebarang jangkaan baki penurunan kadar Fed yang akan berlaku dalam tempohterdekat,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...