Home Pasaran Ringgit Kekalkan Kedudukan Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Kekalkan Kedudukan Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Kekalkan Kedudukan Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Livevartha) — Ringgit terus berada di kedudukan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ditutup tinggi pada Selasa selepas mengalami penurunan baru-baru ini, apabila pasaran menjangkakan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata pakar ekonomi.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Bank Negara Malaysia (BNM) secara umumnya dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekali gus memberikan sokongan selanjutnya kepada ringgit.

“Akhirnya, jurang antara kedua-dua kadar (Fed dan BNM)akan menjadikan ringgit kelihatan lebih menarik buat masa ini,” katanya kepada Livevartha.

Pasaran menjangkakan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed menerusi mesyuarat yang diadakan pada 6 dan 7 November ini mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM juga dijadualkan pada tempoh yang hampir sama, 5 dan 6 November.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran nampaknya bersiap sedia untuk menghadapi kebuntuan politik, mendorong pelabur mengurangkan pegangan — keadaan ini lebih jelas berbanding USD/MYR yang terlebih beli.

“Sekiranya mengalami kebuntuan politik — Presiden tanpa sokongan Kongres — peringkat untuk perubahan dasar secara menyeluruh akan reda dengan ketara, terutama dalam dagangan pertukaran mata wang asing.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...