Home Pasaran Ringgit Kekal Stabil Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Kekal Stabil Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Kekal Stabil Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Livevartha) — Ringgit kekal stabil untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin walaupun dolar AS mengukuh, dipacu oleh hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang meningkat.

Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.

Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan pada 4.631 peratus.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata prospek mata wang tempatan adalah tidak menentu buat masa ini.

"Wujud ketidakpastian mengenai dasar perdagangan Amerika dan pendirian Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk 2025. Sebahagian besar hala tuju (monetari) Fed akan bergantung kepada rangka kerja dasar pentadbiran Rumah Putih yang seterusnya," katanya kepada Livevartha.

Ringgit ditutup kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8278/8314 daripada 2.8300/8346 pada Jumaat lepas tetapi menyusut berbanding pound Britain kepada 5.6146/6215 daripada 5.5904/5991 dan rendah berbanding euro kepada 4.6583/6640 daripada 4.6543/6616.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Didorong Minat Belian Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Didorong Minat Belian Sederhana

KUALA LUMPUR, 23 Mei(Livevartha) — Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih tinggi pada...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Kekukuhan Indeks Dolar
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Kekukuhan Indeks Dolar

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 22 Mei(Livevartha) –Ringgit ditutup rendah...

Jualan Singkat Intra Hari Bagi Menggantung Saham MSM Malaysia
Pasaran

Jualan Singkat Intra Hari Bagi Menggantung Saham MSM Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Livevartha) — Dagangan jualan singkatintra hari (IDSS) untuk...

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...