Home Pasaran Ringgit Diunjur Terus Bertahan, Cecah 4.41-4.45 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Terus Bertahan, Cecah 4.41-4.45 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ringgit Diunjur Terus Bertahan, Cecah 4.41-4.45 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Mac(Livevartha) — Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dan prospek ekonomi makro Malaysia yang kukuh akan terus memacu ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat4.41-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), minggu depan.

Kenanga Investment Bank Bhd berkata sebarang data gaji bukan perladangan (NFP) AS bagi Februari menghampiri 100,000, akan mengukuhkan semula jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedah yang berpotensi melemahkan dolar AS dan sebaliknya mengukuhkan ringgit.

“Pasaran kini tertumpu kepada Eropah dengan rangsangan fiskal dapat mengekang tindakan Bank Pusat Eropah (ECB) menurunkan lagi kadar faedah dan mengalihkan prospek dasar monetari Fed-ECB serta mengukuhkan euro.

“Reaksi balas dari Kanada dan Mexico, selain penangguhan tarif berikutnya, berkemungkinan memanjangkan lagi ketidaktentuan dan mengekalkan indeks dolar AS (DXY) dalam julat kecil.

“Pengumuman data senarai gaji bukan perladanganAS dan laporan inflasi minggu depan akan menjadi pemacu pasaran utama," kata bank itu dalam nota penyelidikan pada Jumaat. Bagi minggu baru berakhir, ringgit naik 0.4 peratus berbanding dolar AS namun susut berbanding mata wang utama lain, terutamanya disebabkan oleh penyusutan dolar AS sepertimana dipaparkan oleh penurunanDXY.

Ringgit pada awalnya diasak tekanan dan di paras 4.47 berbanding dolar AS, namun berada di bawah sokongan dan didagangkan sekitar 4.43 untuk beberapa hari kebelakangan ini.

Mata wang tempatan itu mengakhiri urus niaga minggu inipada 4.4110/4145 berbanding dolar AS yang mengukuh daripada 4.4600/4650 pada minggu sebelumnya.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding pound Britain kepada 5.7070/7115 daripada 5.6174/6237, susut berbanding yen Jepun kepada 2.9909/9935 daripada 2.9682/9717 minggu lepasdan turun berbanding euro kepada 4.7903/7941 daripada 4.6362/6414 sebelum ini.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...