Home Pasaran Ringgit Diunjur Meningkat Berbanding Dolar AS Pada RM4.23 Akhir 2024 – MIDF Amanah
Pasaran

Ringgit Diunjur Meningkat Berbanding Dolar AS Pada RM4.23 Akhir 2024 – MIDF Amanah

Ringgit Diunjur Meningkat Berbanding Dolar AS Pada RM4.23 Akhir 2024 – MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Livevartha) — MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan ringgit mempunyai peluang untuk terus meningkat berbanding dolar AS dan mengakhiri 2024 pada RM4.23 berbanding RM4.59 akhir tahun lepas.

Menurutnya pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang lebih longgar menguatkan keyakinannya kepada kenaikan ringgit pada suku keempat 2024 di sebalik potensi cabaran seperti pertumbuhan lemah di China dan risiko kemelesetan di ASatau peningkatan ketegangan geopolitik yang menjejaskan pemulihan perdagangan luar Malaysia.

“Bagaimanapun, jika dolar AS terus kukuh, terutama sekiranya Fed menangguhkan penurunan kadar berikutan daya tahan ekonomi AS yang berterusan dan kebimbangan pencepatan semula prospek inflasi, ia masih boleh mengehadkan peningkatan ringgit,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

MIDF Amanah berkata permintaan terhadap ringgit terus menokok dan kenaikan yang diraih mata wang tempatan itu kekal sehingga Ogos 2024 dengan ringgit terus melonjak 6.2 peratus bulan ke bulan pada Ogos 2024.

Keadaan ini telah mendorong peningkatan ringgit berbanding dolar AS setakat ini pada tahun ini kepada 6.3 peratus, dengan penutupan pada RM4.321 setakat akhir Ogos 2024 adalah paras terkukuh yang kali terakhir diraih pada Februari 2023, katanya.

Selain pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, MIDF Amanah mengunjurkan ringgit terus meningkat berbanding mata wang lain dalam Indeks Ringgit Berwajaran Perdagangan MIDF berikutan prospek positif ekonomi Malaysia, peningkatan ekonomi domestik yang berterusan dan perdagangan luar yang terus mencatat pemulihan.

MIDF Amanah berkata, malah lebih banyak aliran masuk ke Malaysia memandangkan pelabur tertarik dengan pengukuhan ringgit dan asas ekonomi yang positif, termasuk tekanan inflasi rendah.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 31 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) —...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup rendah berbanding...