Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Selepas Membetulkan Kedudukan Terlebih Jual
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Selepas Membetulkan Kedudukan Terlebih Jual

Ringgit Ditutup Tinggi Selepas Membetulkan Kedudukan Terlebih Jual

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Feb(Livevartha) –Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang tempatan itu membetulkan kedudukannya selepas mengalami keadaan terlebih jual.

Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusankepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada4.4680/4725 ketika ditutup padaRabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan itu mengalami kenaikan berselang-seliselepas berada dalam kedudukan terlebih jual untuk beberapa waktu.

“Ringgit telah berada dalam kedudukan terlebih jual berbanding dolar AS, jadi peniaga mungkin terdorong untuk mengubah kedudukan (beli) dalam ringgit,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata ringgit menunjukkan prestasi yang baik berbanding dolar AS walaupun laporan inflasi AS lebih tinggi daripada jangkaan, manakala Rizab Persekutuan (Federal Reserve) mengulangi pendiriannya untuk mengekalkan kadar faedah kerana tiada keperluan mendesak untuk mengurangkannya dalam jangka masa terdekat.

Inflasi keseluruhan AS dan indeks harga pengguna (IHP) teras pada Januari masing-masing meningkat3.0 peratus dan 3.3 peratus, lebih tinggi berbanding anggaran konsensus iaitu 2.9 peratus dan 3.1 peratus.

Mohd Afzanizam berkata tindakan Presiden AS Donald Trump untuk memulakan rundingan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin bagi menamatkan perang di Ukraine mungkin memberikan rangsangan kepada sentimen pasaran memandangkan harga tenaga dijangka terkawal dengan baik, sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai peningkatan inflasi pada masa hadapan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...