Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Tindak Balas Kerajaan Terhadap Kesan Tarif Timbal Balik AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Tindak Balas Kerajaan Terhadap Kesan Tarif Timbal Balik AS

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Tindak Balas Kerajaan Terhadap Kesan Tarif Timbal Balik AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Mei(Livevartha) –Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)pada Isnin, berikutan tindakbalas kerajaan terhadap kesantarif timbal balik daripada AS, kata seorang penganalisis.

Pada6 petang, ringgit melonjak kepada 4.1990/2035 berbanding dolar AS daripada 4.2560/2600 ketika ditutup Jumaat lalu.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sidang khas Parlimen hari ini menunjukkan bahawa kerajaan bersikap pragmatik dalam menangani kejutan tarif yang dilaksanakan oleh Presiden ASDonald Trump.

“Sidang khas itu menyarankan untuk kerajaan mengakui hakikat bahawa kejutan tarif dijangka memberi kesan kepada ekonomidan bersedia untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan kesannya.

“Ia menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk bersikap terbuka dalam komunikasi mereka kepada orang awam. Jadi, pada tahap tertentu, ini boleh membantu menyumbang kepada keyakinan terhadap ekonomi dan kerajaan kita, dan akhirnya kepada kekuatan ringgit,” katanya kepada Livevartha.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata laporan senarai gaji bukan pertanian yang lebih baik daripada jangkaan pada Jumaat lalu gagal memulihkan nilai dolar AS, dengan Indeks Dolar AS (DXY) terus berlegar sekitar 99 mata.

Rakan Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata gabungan sentimen optimis serantau dan perkembangan dalam negara telah menyokong prestasi positif ringgit.

Beliau berkata di peringkat serantau, harapan baharu terhadap penyelesaian tarif antara AS dan China telah mencetuskan penarafansemulamata wang Asia secara meluas, memberikan rangsangan ketara kepada ringgit.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...