Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Livevartha)–Ringgit ditutup tinggihari ini berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS)kerana peniaga dan pelabur kekal berjaga-jaga menjelang pilihan raya presiden AS, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naikkepada 4.3755/3805berbanding dolar US daripada 4.3760/3810ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkataringgit kekal rendahnilainya berbanding dolar USdisebabkantarikh pilihan raya presiden ASantara Kamala Harris dan Donald Trump semakin hampir, iaitu pada 5 November depan.

“Trump mungkin menang dalam pilihan raya ini dan dijangka melaksanakan ‘dasar kurang mesra’terhadap China antaranyatarif…ia menjadi agenda utama. Justeru, kebimbangan adalah mengenaipeningkatan kos menjalankan perniagaan dantindakan daripada China sekiranya dasar itu dilaksanakansertakesannya terhadap inflasi.

“Semua ini akan menjasitanda tanya mengenai prospek keputusan penurunankadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS. Di bawah keadaan sedemikian, nampaknya peniaga akan mengambil tindakan selamat dengan meningkatkanpegangan mereka dalam dolar US. Akibatnya.ringgit akan terus kekal lemah dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 2.8591/8625 daripada2.8516/8550 ketika ditutup pada Selasa, ia susut berberbanding pound Britain kepada5.6877/6942 daripada5.6805/6870 semalam dan merosot berbanding euro kepada4.7430/7485 daripada4.7344/7398 sebelumnya.

Sementara itu, ringgitdiniagakan kebanyakannya rendahberbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...