Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) –Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang melemah, susut 0.71 peratus kepada 100.376 berikutan penurunan penarafan kredit berdaulat kerajaan AS.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2870/2945 berbanding dolar AS daripada 4.2900/2980 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatapenurunan DXY disebabkan oleh langkah-langkah populis oleh pentadbiran Presiden Donald Trump, yang berkemungkinan menjejaskan keupayaan kerajaan AS untuk mengawal jurang belanjawan yang semakin melebar dan hutang yang kian meningkat.

“Walaupun Moody’s Ratingsmengekalkan penilaiannya terhadap status istimewa dolar AS sebagai mata wang rizab global, kejutan tarif semasa mungkin menyebabkan peniaga dan pelabur menilai semula proposisi itu.

“Bagaimanapun, ini merupakan isu struktur yang mungkin memerlukan tempoh masa yang lebih panjang,” katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, beliau berkata dolar AS kelihatan agak tidak menentu walaupun terdapat ketidaktentuan ekonomi yang meningkat, yang lazimnya akan menyebabkan peningkatan nilai dolar AS secara ketara.

Pada penutupdagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.9596/9650 daripada 2.9470/9527 pada Jumaat, lemah berbanding euro kepada 4.8344/8429 daripada 4.8022/8112dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7420/7521 daripada 5.7018/7125 sebelum ini.

Related Articles

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Dengan Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...