Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar As
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar As

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar As

KUALA LUMPUR, 19 Nov(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, pulih daripada penurunan semalam berikutan permintaan yang lemah untuk dolar AS, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada4.4705/4750 berbanding dolar AS4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit terus pulih hari ini, dengan gandingan dolar AS/Ringgittinggi padaRM4.4738 pada sesi pagi dan pulih kepadaRM4.4645 pada sesi petang.

"Keghairahan terhadapDonald Trump 2.0 mungkin telah reda berikutan peniaga dan pelabur mula menilai semula kemungkinan dasar-dasar yang akan dilaksanakan oleh Presiden terpilih itu tahun depan.

"Pasaran kewangan mungkin menilai terlalu tinggi terhadap keadaanyang bakal berlaku, menyebabkan pelabur beralih kepada aset yang lebih selamat. Namun begitu, sentimen pasaran akan terus berwaspada dan cenderung lebih berhati-hati," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding pound Britain kepada5.6449/6506 daripada 5.6525/6594 dan mengukuh berbanding euro kepada4.7150/7198 daripada4.7294/7352.

Bagaimanapun, ia susut berbanding yen Jepun kepada2.9078/9109 daripada2.8914/8953.

Prestasi mata wang tempatan itu juga bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...