Home Pasaran Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Waspada
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Waspada

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Waspada

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Livevartha) — Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 19 Mac ini, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mesyuarat FOMC itu penting memandangkan peserta pasaran akan meneliti unjuran makroekonomi terkini, terutama Kadar Dana Persekutuan (FFR).

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4100/4175 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Beliau berkata kontrak niaga hadapan kadar faedah menunjukkan kemungkinan pengurangan kadar yang lebih tinggi pada Mei, Jun, Julai dan September, dengan FFR dijangka antara 3.50 hingga 3.75 peratus akhir tahun ini.

“Ini mencadangkan pengurangan FFR sebanyak 75 hingga 100 mata asas, yang akan merapatkan jurang dengan kadar dasar semalaman (OPR).

“Sekali gus boleh menjadi petanda baik bagi ringgit sekiranya OPR kekal tidak berubah sepanjang tahun ini,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata pasaran ekuiti mengalami penurunan meluas, dengan peniaga dan pelabur bimbang mengenai kelemahan ekonomi global yang boleh memberi kesan ketara kepada pendapatan korporat tahun ini.

Indeks Dolar AS (DXY) juga masih berlegar sekitar 103 mata dan telah susut sebanyak 0.14 peratus, katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Kontrak...