Home Pasaran Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Livevartha) — Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa disokongfaktor makroekonomi yang lebih luas meskipun pelaksanaan tarif AS memberi impak kepada pasaran global.

Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada4.4635/4680 berbanding4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Rakan PengurusanSPI Asset ManagementStephen Innes berkata faktor terbesar yang menyokong ringgitadalah kemungkinan terdapat peluang penurunankadar oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) berikutan ekonomi AS yang semakin menguncup.

“Dengan data terkini yang menunjukkan pertumbuhan AS yang semakin merosot,pasaran kini lebih memberi tumpuan kepada naratif perubahan hala tujuFed yang cenderung untuk menurunkan kadar faedah, dan inimemberikan sokongan yang sangat diperlukan kepada pasaran mata wang Asia.

"Di samping itu, keyakinan pengembanganfiskal China menjelang Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) esokmembantu mengekalkan sentimen pasaran pertukaran asing serantau,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit secara amnya turunberbanding pound Britainkepada 5.6789/6846 berbanding 5.6394/6444 pada Isnin, susut berbanding euro kepada 4.6916/6963 daripada 4.6586/6628 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9956/9989 berbanding 2.9683/9711.

Mata wang tempatan itu juga diniagakan menyusutberbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...