Home Pasaran RINGGIT DITUTUP SEDIKIT RENDAH MENJELANG MESYUARAT DUA HARI FED BERMULA ESOK
Pasaran

RINGGIT DITUTUP SEDIKIT RENDAH MENJELANG MESYUARAT DUA HARI FED BERMULA ESOK

RINGGIT DITUTUP SEDIKIT RENDAH MENJELANG MESYUARAT DUA HARI FED BERMULA ESOK


From Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Livevartha) — Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, berikutan sentimen berhati-hati pasaran menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 17 dan 18 Disember ini.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.4500/4550 berbanding dolar AS daripada 4.4475/4525 ketika ditutup Jumaat lepas, sekali gus meneruskan prestasi rendah bagi sesi keenam berturut-turut.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata tumpuan minggu ini terarah kepada panduan masa hadapan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), dengan tinjauan berhati-hati untuk 2025 dilihat mengukuhkan dolar AS namun memberi tekanan negatif ke atas mata wang lain, termasuk ringgit.

\”Minggu ini adalah tempoh penting bagi pasaran global, dengan mesyuarat beberapa bank pusat utama telah dijadualkan, terutamanya oleh Fed, yang dijangka mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas,” katanya.

Innes juga berkata sektor peruncitan China menunjukkan tanda-tanda kelembapan,  dengan pertumbuhan jualan tahun ke tahun pada November susut kepada 3.0 peratus.

Beliau berkata prestasi itu merupakan yang terendah dalam tempoh tiga bulan dan penurunan ketara daripada 4.8 peratus pada Oktober.

“Ini menunjukkan kesan daripada langkah rangsangan China semakin berkurang dan menambah tekanan terhadap ringgit, memandangkan pergantungan Malaysia yang tinggi terhadap eksport ke negara itu,” katanya.

Ringgit didagangkan lebih rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik susut berbanding pound British kepada 5.6301/6365 daripada 5.6203/6266, dan rendah berbanding euro kepada 4.6743/6795 daripada 4.6632/6684 ketika ditutup Jumaat lepas.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...