Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah, Tekanan Geopolitik Lonjak Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah, Tekanan Geopolitik Lonjak Dolar AS

Ringgit Ditutup Rendah, Tekanan Geopolitik Lonjak Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha) — Ringgit turun untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di hari dagangan terakhir minggu ini pada Jumaat berikutan peningkatan kebimbangan geopolitik memacu permintaan terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.2435/2480 berbanding dolar AS daripada 4.2155/2245 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata awalnya, ringgit adalah lebih kukuh berbanding dolar AS pada RM4.2173 ketika sesi pagi namun, beransur susut kepada RM4.2460 pada sebelah petang.

“Serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran mendorong harga minyak mentah Brent meningkat ketara setinggi US$78.22 setong sebelum turun kepada US$73.56 setong. Pada masa sama, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.31 peratus kepada 98.228 mata.

“Oleh yang demikian, geopolitik menjadi tumpuan hari ini dan memberi kelebihan kepada dolar AS buat masa ini,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, ringgit ditutup rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9448/9482 daripada 2.9329/9394 ketika ditutup semalam, dan rendah berbanding pound British kepada 5.7482/7543 daripada 5.7213/7335.

Unit tempatan juga turun berbanding euro kepada 4.8906/8958 daripada 4.8765/8869.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...