Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Susulan Kekukuhan Indeks Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Susulan Kekukuhan Indeks Dolar AS

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Susulan Kekukuhan Indeks Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Jun(Livevartha) –Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini susulan pengukuhanIndeks Dolar AS (DXY) ketika para peniaga menantikan pengumumandata Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.2270/2360 berbanding dolar AS, susut daripada paras 4.2245/2295 pada Khamis.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkataDXY menokok 0.14 peratus kepada 98.884 mata ketika pasaran menunggu data NFP malam ini, menjangkakan senarai gaji meningkat sebanyak 126,000 pada Mei, turun daripada 177,000 pada bulan sebelumnya.

“Ringgit berbanding pertukaran dolar AS turun naik sekitarRM4.22 hingga RM4.23 hari ini. Berbanding semalam, ringgit menyusut sedikit sebanyak 0.09 peratus kepada RM4.2310.

"Minggu ini, ringgit mencatatkanprestasi yang baik,meningkat 0.7 peratus," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ketikaketegangan tarif AS-China mereda dan modal asing terus mengalir ke dalam pasaran hutangdan deposit pertukaran asing Malaysia, ringgit mendapatsokongan struktur yang lebih kukuh.

“Minat pelabur asing terus kukuh, membayangkan sebarang kelemahan ringgit yang didorong oleh dolar AS berkemungkinan menarik pembeli dengan pantas,” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Susulan Kekukuhan Indeks Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Ringgit diunjur...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...