Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Menjelang Mesyuarat FOMC
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Menjelang Mesyuarat FOMC

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Dis(Livevartha) –Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila parapeniaga mengambil pendekatan berhati-hati dalam dagangan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat.

Keputusan dasar FOMC kebiasaandiumumkan pada hari kedua mesyuarat (hari ini), disusuli sidang akhbar oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell untuk memberikan gambaran lebih lanjut tentang strategi Fed pada masa hadapan.

Pada 6 petang, ringgitmenyusut kepada 4.4670/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 pada Selasa.

Rakanpengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran menjangkakan Fed menurunkankadar sebanyak 25 mata asas bulan ini, yang boleh memberikan sedikit sokongan kepada ringgit.

“Bagaimanapun, ketidakpastian menyelubungi dasar monetari AS pada masa depan disebabkan oleh potensi kesan inflasi daripada kenaikan tarif yang bakal dilaksanakan oleh pentadbiran Donald Trump.

“Langkah sedemikian boleh menyebabkanFed menyederhanakan penurunan kadarnya pada 2025, yang seterusnya bakal memberi cabaran kepadaringgit,” katanya kepada Livevartha.

Innes berkata mata wang tempatan diniagakandalam jajaran kecil hari ini, menunjukkan aktiviti pasaran yang lemah.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...