Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Livevartha) — Ringgit ditutup rendah sedikit berbandingdolar AS pada Jumaat menjelang pengumumandata senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS)malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Pada6 petang, unit tempatan turun kepada4.3780/3835 berbanding dolar AS daripada paras penutup4.3755/3805 pada Rabu.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum perayaan Deepavali.

Rakanpengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran ringgit agak perlahan hari ini apabila mudah tunai menyusut menjelang pilihan raya AS ditambah pendekatan berhati-hati pelabur menjelangpengumuman NFP malam ini.

“Angka NFP yang lebih tinggidaripada jangkaan boleh mendorong peningkatan hasil bon dan dolar AS manakalaangka yang lebih rendah mungkin boleh menyediakanpeluang belian dolar AS, memandangkan peniaga cenderung kepada kemenanganDonald Trump dalam pilihan raya itu,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada5.6502/6573 daripada paras penutup 5.6877/6942 pada Rabu namun susut berbanding yen Jepun kepada2.8652/8690 daripada2.8591/8625 dan turun berbandingeuro kepada4.7532/7592 daripada4.7430/7485.

Sementara ituringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN lain.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...