Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Menjelang Pengumuman Data IHPR AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Menjelang Pengumuman Data IHPR AS

Ringgit Ditutup Rendah Menjelang Pengumuman Data IHPR AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Mac(Livevartha) –Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang perdagangan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.4310/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur akan memantau dengan teliti pengumuman IHPR AS malam ini untuk melihat sama ada ia menunjukkan trend yang serupa dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) bulan Februari.

"Peserta pasaran kekal berhati-hati mengenai perang perdagangan dan sama ada ia akan mengakibatkan kelembapan yang ketara pada ekonomi AS," katanya kepada Livevartha hari ini.

Mohd Afzanizam berkata dolar AS-ringgit berlegar sekitar RM4.43 apabila Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.11 peratus kepada 103.73 mata.

"(Data IHPRAS akan menentukan) sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengambil pendirian untuk cenderung menurunkan kadar faedah berikutan perang tarif pada minggu depan. Oleh itu, ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS dalam jangka pendek," katanya.

Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innesberkata ringgit kekal stabil walaupun berlaku kemerosotan dalam pasaran ekuiti serantau yang disebabkan oleh kebimbangan mengenai tarif.

Beliau berkata mata wangtempatan menunjukkan daya tahan walaupun pasaran mata wang yang lebih luas mengambil pendirian defensif, dengan dolar AS mendapat permintaan secara menyeluruh.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Kontrak...