Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kemungkinan Penurunan Kecil Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kemungkinan Penurunan Kecil Kadar Faedah AS

Ringgit Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kemungkinan Penurunan Kecil Kadar Faedah AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Livevartha) –Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan ketara harga minyak mentah dan jangkaan berterusan terhadap pengurangan lebih kecil bagi kadar faedah AS.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.3080/3120 berbanding dolar AS daripada 4.2945/2995 ketika ditutup semalam.

Gabenor Rizab Persekutuan AS (Fed) Christopher Waller telah menyarankan supaya pendekatan lebih berhati-hati terhadap pengurangan kadar faedah, menunjukkan data ekonomi terkini yang menyerlahkan kekukuhan ekonomi dan pasaran tenaga kerja AS, menurut laporan terkini.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata keadaan itu telah meningkatkan permintaan terhadap dolar AS, dan memberi lebih tekanan ke atas ringgit.

“Selain itu, penyusutan renminbi China juga menyumbang kepada penurunan ringgit. Perkembangan dasar fiskal yang mengecewakan dari China pada hujung minggu menjadikan pasaran lemah dan menjejaskan mata wang negara serantau.

“Harga minyak mentahjuga susutapabiladipengaruhi oleh penurunan OPEC dari segi prospek permintaan dan berkemungkinan berkait dengan kelembapan ekonomi China, semakin memburukkan sentimen lemah terhadap ringgit,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, ringgit rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik turun berbanding euro kepada 4.7013/7057 daripada 4.6935/6989 semalam, dan rendah berbanding pound British kepada 5.6357/6410 daripada 5.6056/6121.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...