Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Livevartha) — Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan ketara baru-baru ini, sejajar dengan mata wang serantau lain, apabila AS memberi isyarat pengurangan kadar faedah yang lebih rendah pada masa depan.

Pada pukul 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.1530/1610 berbanding dolar AS, turun daripada 4.1210/1280 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi rendah itu susulan kenyataan terbaru oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell.

Powell menyakinkan pasaran bahawa pelonggaran monetari akan berterusan namun, Fed tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar itu secepatnya, katanya.

Mohd Afzanizam menjangkakan Fed mengekalkan kadar pengurangan lazim sebanyak sukuanmata semasa mesyuaratnya bulan depan berbanding jangkaan pengurangan sebelum ini sebanyak 50 mata asas lagi.

“Memandangkan ringgit meningkat ketara dalam beberapa hari kebelakangan ini, peniaga mengambil peluang untuk mendapatkan sedikit keuntungan. Selain itu, peningkatan risiko geopolitik di Timur Tengah boleh meningkatkan permintaan terhadap mata wang selamat seperti dolar AS,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding pound sterling, apabila turun kepada 5.5335/5441 daripada 5.5193/5260.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun, ditutup pada 2.8892/8950 daripada 2.8899/8936 pada Isnin, dan meningkat berbanding euro kepada 4.6078/6166 daripada 4.6106/6162.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...