Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 April (Livevartha) –Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, seiring penurunanmata wang Asia yang lainsusulankebimbangan berterusan mengenai peningkatan ketegangan perdagangan.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.4775/4840 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)daripada 4.4335/4400 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan 34 peratus tindakbalas timbal balikChina terhadap AS.
"Ringgit menjadi lebih lemah hari ini, diseretlebih rendah bersama-sama mata wang Asia yang lain keranaserangan tarif Presiden AS Donald Trump kini merubah sepenuhnya iaitu menjadi perang dagang utamaselepastindak balas tarif timbal balik sebanyak 34 peratus oleh China," katanya kepada Livevartha.
Pada 2 April 2025, Trump mengumumkan tarif tambahan sebanyak 34 peratus ke atas semua barangan China yang diimport ke ASdan Beijing pula membalas dengan tarif 34 peratuske atas barangan AS tidak lama selepas itu.
Bagaimanapun, Ketua EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata disebabkan tarif AS, keseluruhan pasaran ekuiti global mencatatkan penurunanyang menunjukkan pelabur cenderung mengelak risiko, namunkini beralih tumpuankepada instrumen yang lebih selamat seperti bon sertapasaran wang.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.
Mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.0655/0704 daripada 3.0294/0340 dan turun berbanding euro kepada 4.9100/9172 daripada 4.8706/8778, namun ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7491/7575 daripada 5.7561 semalam.