Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Infasi AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Infasi AS

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Infasi AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 Okt(Livevartha) — Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para peniaga menunggu pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mungkin mempengaruhi kemajuan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed AS).

Pada6 petang, unit tempatan susut kepada4.2910/2940 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2800/2830 pada Rabu.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan menunjukkan bahawa Fed cenderung untuk melonggarkan pendirian monetarinya.

“Apa yang menjadi persoalan adalah tahap kelonggaran yang diperbahaskandalam kalangan ahli jawatankuasa — sama ada penurunan25 mata asas atau 50 mata asas.

“Kita tahu bahawa jurang antara Kadar Dasar Semalaman dan Kadar Dana Persekutuan akan terus mengecil pada masa depan, justeru, peningkatan ringgit dijangka terus mengukuh,” katanya.

Pada sesi penutup, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada4.6918/6951 daripada paras penutup 4.6939/6972 pada Rabu, tetapi menyusut berbanding yen Jepun kepada2.8820/8842 daripada2.8792/8815 dam turun berbanding pound Britain kepada5.6122/6161 daripada5.6012/6052.

Sementara itu, ringgit mencatatkan prestasi tinggiberbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...