Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Apabila Pelabur Pilih Mata Wang Selamat
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Apabila Pelabur Pilih Mata Wang Selamat

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Apabila Pelabur Pilih Mata Wang Selamat

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Livevartha) — Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, apabila unjuran ekonomi global mendorong pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat, kata penganalisis.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.4675/4720 berbanding dolar AS, daripada 4.4570/4625 ketika ditutup semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ancaman tarif ke atas BRICS kekal mempengaruhipasaran serantau, terutama apabila yuan China memberi tekanan negatif kepada mata wang serantau.

“Wujud jangkaan pasaran mengenai pengurangan kadar faedah yang lebih ketara oleh China untuk menyokong ekonominya yang semakin lemah memandangkan hasil bon China berkurang.

“Ini telah mengakibatkan perbezaan kadar faedah yang semakin luas antara AS dan China, bukan sahaja yuan susut malah juga mengheret turun kalangan mata wang negara ASEAN,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata dalam situasi itu, catatan media sosialDonald Trump yang tidak dijangka terus menyuntik ketegangan dan sentimen untuk berhati-hati dalam kalangan pelabur, terutama di Malaysia.

“Ini menyebabkan mereka yang menentang dolar AS berada dalam kedudukan yang sangat berisiko,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran kekal bimbang mengenai kenyataan Trump mengenai tarif baru-baru ini, dalam keadaan menjelangnya angkat sumpah Trump sebagai Presiden AS pada 20 Jan, 2025.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Selepas BNM Umum OPR Kekal Pada 3.0 Peratus
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Selepas BNM Umum OPR Kekal Pada 3.0 Peratus

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Karina Imran KUALA LUMPUR, 23 Jan...

Ringgit Dibuka Tinggi Selepas BNM Umum OPR Kekal Pada 3.0 Peratus
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Karina Imran KUALA LUMPUR, 22 Jan...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kebimbangan Permintaan Kurang Dari India
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kebimbangan Permintaan Kurang Dari India

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 22 Jan (Livevartha) — Kontrak...

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur Susulan Reaksi Cadangan Tarif AS Ke Atas China
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur Susulan Reaksi Cadangan Tarif AS Ke Atas China

–fotoLivevartha Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 22 Jan (Livevartha) —...