Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Livevartha) — Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan kelemahan momentum belian.

Pada pukul 6 petang, ringgit susut kepada 4.5005/5050 berbanding dolar AS daripada 4.4970/5010 ketika ditutup semalam.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata selepas dibuka kukuh susulan data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih sederhana, inflasi keseluruhan pada 3.0 peratus telah mendorong perbincangan dalam kalangan pelabur mata wang asing sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) boleh mempertimbangkan pengurangan kadar faedah tahun ini.

“Walaupun pasaran bon dan saham telah pulih namun kesan limpahannya kepada pasaran pertukaran mata wang asing adalah agak lemah.

“Tindak balas yang lemah ini kemungkinan berkait secara langsung dengan ancaman tarif Donald Trump ke atas China yang berterusan, menyebabkan pelabur dalam pasaran pertukaran mata wang asing berada dalam keadaan tidak menentu," katanya kepada Livevartha.

Innes berkata persoalan utama yang membayangi pasaran adalah sama ada Trump akan muncul sebagai “Deal Maker in Chief” atau kembali sebagai seorang dengan ciri-ciri “Tariff Man”.

“Ketidakpastian ini menjadikan kalangan pelabur berhati-hati, sentiasa menilai perubahan dalam landskap dasar,” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama lain.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran and Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 16 Jun...