Home Pasaran Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pelantikan Trump
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pelantikan Trump

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pelantikan Trump

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Livevartha) –Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)menjelang pelantikan Presiden ASDonald Trumphari ini, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh berbanding dolar AS kepada 4.4910/4960 daripada4.5040/5085 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata selepas pelantikan tersebut, para peniaga dan pelabur akan memantau dengan teliti perintah eksekutif (EO) yang lazimnya diumumkan oleh presiden yang baru dipilih.

"Sudah pasti, isu-isu seperti tarif import dan pengusiran besar-besaran pendatang haram akan dipantau dengan teliti.

"Secara ringkasnya, komuniti kewangan amat menantikan dasar ekonomi dan luar negara Trump 2.0 yang akan memberi impak besar terhadap ekonomi global dan turun naik pasaran kewangan," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata prestasi ringgit turut disokong oleh perdagangan Malaysia yang mencatatkan rekod tertinggi RM2.88 trilion pada 2024, meningkat 9.2 peratus tahun ke tahun, menandakan tahun keempat berturut-turut melebihi paras RM2 trilion.

Pada 2024, eksport naik5.7 peratus kepada RM1.51 trilionmanakala import berkembang 13.2 peratus tahun ke tahunkepada RM1.371 trilion.

Pada penutupan dagangan, ringgit lebih mengukuhberbanding mata wang utama yang lain.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...