Home Pasaran Ringgit Ditutup Lebih Rendah Daripada Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Daripada Dolar AS

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Daripada Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Livevartha) — Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada hari terakhir dagangan minggu ini berikutan pengukuhan mata wang unit negara maju itu selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif adalah melebihi jangkaan pasaran.

Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.5055/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5030/5080 semasa ditutup pada Khamis.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata data terkini ekonomi AS adalah melebihi jangkaan.

Angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak naik manakala tuntutan pengangguran awal menurun, menandakan pertumbuhan teguh sektor pekerjaan yang disokong oleh kekukuhan perbelanjaan pengguna.

“Sehubungan itu, hasil bon 10 tahun AS telah meningkat, yang pada mulanya mengukuhkan dolar. Ini menyebabkan peniaga merendahkan jangkaan penurunan kadar faedah pada 2025 kepada kurang daripada dua kali yang pada awalnya diunjurkan Rizab Persekutuan,” katanya kepada Livevartha.

Biro Analisis Ekonomi AS pada Khamis menyemak semula kadar pertumbuhan KDNK suku ketiga kepada 3.1 peratus secara tahunan, meningkat daripada 2.8 peratus.

Jabatan Tenaga Kerja AS pula melaporkan penurunan tuntutan pengangguran awal sebanyak 22,000 bagi minggu berakhir 14 Dis 2024, menjadikan jumlah yang diselaraskan secara bermusim kepada 220,000 justeru memaparkan pasaran buruh yang berdaya tahan.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...