Home Pasaran Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Livevartha) — Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) hari ini, disokong oleh peningkatan harga minyak yang menguntungkan Malaysia sebagaipengeksport.

Pada 6 petang, ringgit naik kepada4.4670/4715 berbanding dolar AS4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.

Prestasi ringgit juga mengatasi mata wang Asia Tenggara yang lain tahun setakat ini dengan mencatatkan kenaikan hampir 2.8 peratus berbanding dolar AS.

Ketika ini, minyak mentah Brent mencecahUS$74 setong, manakalaWest Texas Intermediate melepasiUS$70 setong, disokong oleh jangkaan peningkatan permintaan dari China berikutan langkah rangsangan baharu di samping penurunan inventori minyak mentah AS sebanyak 3.2 juta tong minggu lepas.

Dilaporkan pihak berkuasa China akan mengeluarkan bon perbendaharaan khas US$411 bilion tahun depan apabila Beijing meningkatkan rangsangan fiskal untuk memulihkan ekonominya yang sedang bergelut.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata jangkaan terhadap pemulihan ekonomi global berkemungkinan memacu lonjakan permintaan minyak yangsekali gus menyokong prestasiringgit.

Ringgit juga terus diniagakanlebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia menokokberbanding yen Jepun kepada 2.8373/8405 daripada 2.8547/8586 ketika ditutup pada Selasa, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.5967/6023 daripada 5.6209/6278, dan meningkat berbanding euro kepada 4.6448/6495 daripada 4.6603/6660.

Mata wang tempatan itu turutmenunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kebanyakan mata wang negara ASEAN.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...