Home Pasaran Ringgit Diniagakan Berhati-hati Menjelang Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC
Pasaran

Ringgit Diniagakan Berhati-hati Menjelang Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC

Ringgit Diniagakan Berhati-hati Menjelang Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Livevartha) — Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar US pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 20 Februari ini.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peniaga dan peserta pasaran akan menilai pendirian Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai pengurangan dasar monetari tahun semasa.

“Kami berpendapat Fed tidak akan tergesa-gesa bagi mengurangkan Kadar Dana Fed (FFR) dalam masa terdekat,” katanya.

“Ini disebabkan FFR sekarang masih bersifat ketatdan Fed ingin melihat trajektori inflasi ke arah sasaran dua peratus, terutamanya selepas data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan,”” katanya lagi.

Inflasi utama AS serta indeks harga pengguna teras telah meningkat 3.0 peratus dan 3.3 peratuspada Januari lepas.

Mohd Afzanizam berkata ringgit mungkin menguji tahap sokongan serta-merta sebanyak RM4.43 pada minggu depan.

Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit berubah-ubah antara untungdan kerugian susulan kebimbangan berkaitan ketidakpastian dasar di bawah Presiden Donald Trump.

Bagaimanapun, ia mula pulih dari paras terlebih jual dan menutup minggu ini pada paras yang lebih baik, disokong oleh prestasi keluaran dalam negara kasar 2024 Malaysia yang agak mantap.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...