Home Pasaran Ringgit Dijangka RM4.45-RM4.47 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka RM4.45-RM4.47 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ringgit Dijangka RM4.45-RM4.47 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 1 Mac(Livevartha) — Setimen pasaran yang kekal berhati-hati mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka terus mempengaruhi ringgit untuk diniagakan dalam julatRM4.45 hinggaRM4.47 berbanding dolar AS minggu depan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berikutan itu, data ekonomi utama AS yang akan diumumkan pada Jumaat depan, termasuk indeks ISM untuk sektor pembuatan dan bukan pembuatanserta laporan Gaji Bukan Perladangan (NFP) akan terus menjadi tumpuan.

Jangkaan awal konsensus meletakkan NFP pada 133,000 untuk Februari, susut daripada 143,000 pada bulan sebelumnyamanakala kadar pengangguran kekal stabil pada 4.0 peratus.

"Rngkasnya, data ekonomi AS kekal berdaya tahan, sekali gus tidak mempengaruhi Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengubah pendirian mengenai dasar monetari semasayang akan hanya menyaksikan dolar AS diniagakan tinggi," katanya kepada Livevartha.

Bagi urus niaga minggu ini, ringgit diasak oleh kegusaran berkaitan perang perdagangan yang meruncing dan menjejaskan sentimen pasaran.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ini termasuk rendah berbanding pound Britain kepada 5.6174/6237 daripada 5.5851/5895, susut berbanding yen Jepun kepada 2.9682/9717 daripada 2.9346/9371 pada minggu lepasdan turun berbanding euro kepada 4.6362/6414 daripada 4.6236/6273.

Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...