Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniagakan Pada 4.40-4.45 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada 4.40-4.45 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada 4.40-4.45 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Feb(Livevartha) — Perkembangan perdagangan dan sentimen risiko yang meluas dijangka mempengaruhi ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat4.40-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.

Kenanga Investment Bank Bhd berkata dolar AS juga berkemungkinan tidak memberi reaksi segera terhadap pengumuman tarif oleh Presiden Donald Trump sebagaimana dilihat pada Isnin lepas, namun mata wang itu mungkin mengukuh sejurus pelaksanaannya.

Bank pelaburan itu berkata tumpuan juga masih kekal terhadap rundingan AS-China selain risiko tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU).

Dalam nota penyelidikannya, Kenanga berkata terdapat tanda-tanda pasaran tenaga kerja AS yang lebih tepu dengan data Tinjauan Tawaran Kerja dan Jumlah Tenaga Kerja negara maju itu memaparkan penyusutan tawaran kerja.

“Pelabur kini menunggu data penggajian bukan perladangan, sebarang semakan utama berkemungkinan memberi kesan ke atas dolar AS.

“Angka yang lebih rendah memberi petunjuk pertumbuhan AS yang perlahan, namun angka inflasi pada minggu depan akan meningkatkan ketidaktentuan dasar Rizab Persekutuan AS (Fed),” katanya.

Bagi minggu baru berakhir ini, ringgit diniagakan dalam julat kecil yang didorong terutamanya oleh siri pengumuman tarif AS ketika pasaran menjangkakan Fed akan kekal dengan pendirian melaksanakan pengurangan kadar faedah pada lewat tahun ini.

Berikutan itu, ringgit turun naik, malah melangkaui 4.50 berbanding dolar AS pada Isnin selepas pentadbiran Trumpmengumumkan langkah berkaitan tarif.

Ia bagaimanapun kembali mengukuh pada paras hampir 4.42-4.44 berbanding dolar AS selepas Washington melakukan pusingan U dengan pengumuman penangguhan tarif saat-saat akhir selama 30 hari bagi Kanada dan Mexico.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...