Home Pasaran RINGGIT DIJANGKA DINIAGAKAN BERHATI-HATI MINGGU DEPAN MENJELANG PENGUMUMAN KADAR AS
Pasaran

RINGGIT DIJANGKA DINIAGAKAN BERHATI-HATI MINGGU DEPAN MENJELANG PENGUMUMAN KADAR AS

RINGGIT DIJANGKA DINIAGAKAN BERHATI-HATI MINGGU DEPAN MENJELANG PENGUMUMAN KADAR AS

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Livevartha) —  Ringgit dijangka diniagakan dengan pendekatan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17-18 Dis.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan menjangkakan sentimen pasaran yang lemah  apabila para pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

\”Jangkaan pasaran pada masa ini menunjukkan 96 peratus kemungkinan penurunan kadar 25 mata asas, dengan kurang daripada empat peratus menjangkakan kadar kekal tidak berubah,\” katanya kepada Livevartha.

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.4475/4525 daripada 4.4170/4220 pada minggu sebelumnya.

Bagi minggu ini, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6632/6684 daripada 4.6719/6771 pada minggu sebelumnya, naik berbanding pound British kepada 5.6203/6266 daripada 5.6352/6416 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8987/9022 daripada 2.93649.

Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain,

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2971/3011 daripada 3.2963/3002 pada minggu sebelumnya, susut berbanding baht Thailand kepada 13.0261/0472 daripada 12.9576/9784, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.7/278.2 daripada 278.7/279.2 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.62 daripada 7.65/7.66.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...