Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Walaupun Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Meningkat
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Walaupun Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Meningkat

Ringgit Dibuka Tinggi Walaupun Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkatberikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan risiko geopolitik tinggi,kata penganalisis.

Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4575/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4700 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa ini ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual.

“Ini mungkin menarik minat pelabur untuk membeli ringgit, memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak berhasrat untuk melonggarkan dasar monetarinya tahun depan.

“Ini berbeza dengan kalangan bank pusat serantau seperti di Indonesia, Filipina, dan Thailand, yang telah mula melaksanakan kitaran pengurangan kadar faedah masing-masing tahun ini,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata di peringkat luaran, keadaan kini lebih memihak kepada dolar AS apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka melonggarkan dasar monetarinya secara lebih beransur-ansur pada 2025.

Mohd Afzanizam berkata Fed kemungkinan mengekalkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) di atas paras neutral — kadar yang tidak bersifat pengembangan atau penguncupan bagi ekonomi.

“Berdasarkan unjuran terkini Fed, kadar neutral berada di sekitar 3.00 peratus. Pengurangan sebanyak 50 mata asas lagi boleh menyebabkan FFR berada pada 4.00 peratus tahun depan, yang menunjukkan dasar monetari akan kekal ketat.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...