Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS, Peniaga Nantikan Belanjawan 2025
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS, Peniaga Nantikan Belanjawan 2025

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS, Peniaga Nantikan Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Livevartha) — Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan peniaga menjangka mata wang tempatan akan diniagakan mendatar selain memberi tumpuan kepada sasaran defisit fiskal tahun depanwalaupun bank-bank global terus melaksanakan pelonggaran dasar monetari.

Pada 8 pagi,ringgit naik kepada 4.3050/3250 berbanding dolar AS daripada 4.3075/3105 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini, menjadiagenda utama, dengan peniaga dijangka menumpukan perhatian kepada sasaran defisit fiskal tahun depan.

“Mereka juga akan meneliti langkah-langkah kerajaan yang akan diumumkan untuk mengekalkan kadar pengukuhan fiskal dan pada masa yang sama, terus menyokong ekonomi Malaysia,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata Bank Pusat Eropah dijangka menurunkan kadar dasarnya sebanyak 25 mata asas berikutan inflasi turun di bawah sasaran dua peratus dan sentimen perniagaan yang lemah dalam sektor pembuatan.

Di peringkat global, katanya Indeks Dolar AS terus mendapat sokongan yang baik dengan Bank Pusat Eropah menurunkan kadar dasar mereka sebanyak 25 mata asas semalam.

“Ini berlaku apabila Rizab Persekutuan AS dilihat tidak begitu berminat untuk melaksanakan pelonggaran dasar monetari yang agresif disebabkan ekonomi AS yang berdaya tahan,”katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6615/6831 daripada 4.6771/6803 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada2.8673/8808 daripada 2.8790/8812 pada Khamis.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...