Wednesday , 15 January 2025
Home Pasaran RINGGIT DIBUKA TINGGI BERBANDING DOLAR US
Pasaran

RINGGIT DIBUKA TINGGI BERBANDING DOLAR US

RINGGIT DIBUKA TINGGI BERBANDING DOLAR US

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini disebabkan sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.

Pada 8.02 pagi, ringgit naik kepada 4.4200/4300 berbanding dolar US berbanding 4.225/4280 ketika ditutup pada Isnin.

Bagaimanapun, Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) meningkat kepada 106 mata, ia akan mempercepatkan permintaan untuk mata wang Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata peningkatan risiko geopolitik memuncak dalam persekitaran daya tahan dalam ekonomi AS nampaknya telah memperkukuh nilai dolar US ketika peniaga mencari mata wang selamat ketika ketidaktentuan pasaran yang berlaku sekarang.

“Peserta pasaran memerhatikan laporan indeks harga pengguna AS yang dikeluarkan pada 11 Disember dengan konsensus pasaran mengunjurkan kenaikan 2.7 peratus pada November daripada 2.6 peratus sebelum ini sementara kadar inflasi teras AS akan dikekalkan pada 3.3 peratus untuk tiga bulan berturut-turut.

“Ini bermakna pasaran kini menyaksikan kadar inflasi lebih tinggi yang akan diterjemahkan kepada pendirian untuk menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS. Justeru, unjuran 2025 untuk melihat penurunan kadar faedah mungkin tidak akan berlaku” katanya kepada Livevartha.

Sehubungan itu, ringgit dijangka dalam julat RM4.42 hingga RM4.43 hari ini, katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.6346/6474 daripada 5.6466/6537 pada Isnin, meningkat berbanding euro kepada 4.6640/6745 daripada 4.6733/6791 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.9198/9266 daripada 2.9401/9440. 

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Bagi Hari Kedua  Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Bagi Hari Kedua Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Livevartha) –Kontrak niaga hadapanemas di Bursa Malaysia Derivatives...

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Pasaran Tunai Pendasar
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Pasaran Tunai Pendasar

KUALA LUMPUR, 14 Jan(Livevartha) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Ringgit Stabil Pada Paras 4.50 Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Stabil Pada Paras 4.50 Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 14 Jan(Livevartha) –Ringgit stabil pada paras...

Bursa Malaysia  Ditutup Rendah Susulan Prestasi Dagangan Bercampur-campur Di Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Prestasi Dagangan Bercampur-campur Di Pasaran Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 14 Jan(Livevartha) –Bursa Malaysia gagalmengekalkan momentum...