Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila data ekonomi negara maju itu terus menunjukkan kelembapan berikutan kebimbangan terhadap tarif dan dasar fiskal, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2140/2335 berbanding dolar AS daripada 4.2245/2295 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.05 peratus kepada 98.741 mata ekoran data ekonomi AS menunjukkan tanda-tanda kelembapan selanjutnya.

“Tuntutan Awal Pengangguran meningkat kepada 247,000 minggu lepas sekali gus menandakan kenaikan minggu kedua berturut-turut, manakala Tuntutan Pengangguran Berterusan bertambah kepada 1.904 juta bagi minggu berakhir pada 24 Mei, 2025.

“Tumpuan malam ini adalah kepada pembayaran gaji bukan ladang (NFP), yang dijangka mencecah 125,000 pada Mei (secara konsensus) berbanding data bulan sebelumnya pada 177,000,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata mata wang pasaran yang sedang pesat membangun, termasuk ringgit, telah meningkat berbanding dolar AS, didorong oleh prospek ekonomi AS yang lemah, kebimbangan berterusan mengenai tarif serta dasar fiskal.

Keadaan pasaran semasa telah menyimpang daripada kelaziman — dolar AS sentiasa dianggap sebagai mata wang selamat — dengan peniaga dan pelabur biasanya berpusu-pusu beralih kepada dolar AS untuk mencari perlindungan daripada turun naik yang melampau.

“Pelabur dan peniaga akan terus berhati-hati terhadap kesan dasar tarif AS ke atas ekonomi global serta ketegangan terbaru antara Presiden AS, Donald Trump dan Elon Musk mengenai kedudukan belanjawan kerajaan, yang mungkin mencetuskan lebih banyak ketidaktentuan terhadap sentimen pasaran.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Data Ekonomi AS Lemah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Data Ekonomi AS Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha)...

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Dolar AS Lebih Rendah, Risiko Inflasi Lebih Tinggi
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Dolar AS Lebih Rendah, Risiko Inflasi Lebih Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha) –Ringgit ditutup tinggi...

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Hari Kedua Berturut-turut
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 5 Jun(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutuptinggi...