Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 April (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati selepas Washington mengumumkan penangguhan tarif balas selama 90 hari untuk semua negara kecuali China.

Pada 8.14 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4275/4425 berbanding dolar AS daripada4.4670/4730 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata selepas penangguhan selama 90 hari, pasaran kewangan menjadi tidak menentu, dengan ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan penurunan mendadak, hasil Perbendaharaan AS untuk 10 tahun meningkatmanakala Indeks Dolar AS (DXY) merosot dengan ketara.

“Apa yang jelas ialah peniaga dan pelabur sedang menilai semula bagaimana tarif tersebut akan memberi impak kepada ekonomi, dengan pertumbuhan dan inflasi terjejas secara serentak.

“Stagflasi dilihat sebagai kemungkinan yang boleh wujud daripada perang perdagangandan ini akan menyukarkan tugas Rizab Persekutuan untuk melaksanakan mandatnya, mencapai guna tenaga maksimum dan harga yang stabil,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata inflasi AS pada Macsederhana kepada 2.4 peratus daripada 2.8 peratus sebelum ini tetapi pelabur ragu-ragu berikutan tarif balas pada April boleh mengubah keadaan.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil, mengambil petunjuk daripada penurunan DXY dan ketidaktentuanpasaran yang meningkat disebabkan tarif,” katanya.

Ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...