Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Minit Mesyuarat FOMC Khamis Ini
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Minit Mesyuarat FOMC Khamis Ini

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Minit Mesyuarat FOMC Khamis Ini

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa memandangkan pasaran terus mengalami dagangan secara berhati-hati menjelang minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS yang akan dikeluarkan pada Khamis, kata penganalisis.

Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketidaktentuan dasar ekonomi global terutama melibatkan dasar tarif import kerajaan AS dan ketidakukuhan pengaturan gencatan senjata di Gaza boleh mempengaruhi sentimen pasaran dengan mudah.

Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal sekitar 106 mata memandangkan pasaran AS ditutup pada Isninsempena cuti Persekutuan, Hari Presiden.

“Oleh itu, kami menjangkakan pasaran mata wangkekal mengalami dagangan secara berhati-hati sebelum minit mesyuarat FOMC dikeluarkan Khamis ini,” katanya kepada Livevartha hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata yen Jepun terus mencatatkan prestasi baik berbanding dolar AS, meningkat kepada 151.48 yen apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun bagi suku keempat 2024 mencatatkan 2.8 peratus, lebih tinggi daripada anggaran konsensus 1.0 peratus.

“Bank of Japan menaikkan kadar dasar sebanyak 25 mata asas kepada 0.50 peratus pada 24 Januari, kadar tertinggi dalam tempoh 17 tahun,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...