Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Kadar Fed
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Kadar Fed

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Kadar Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Livevartha)– Ringgit dibuka pada paras 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepasRizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3860/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4020/4065 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd DrMohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Kadar Dana Fed kini berada dalam julat antara 4.50 peratus dan 4.75 peratus.

Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun merosot sebanyak 11 bps kepada 4.31 peratus dan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.55 peratus kepada 104.508 mata.

Beliau menjelaskan keputusan oleh Fed itu walaupun terdapat ketidaktentuan mengenai dasar bakal Presiden ASDonald Trump pada tahun depan, yang dilihat berpotensi menyebabkan inflasi.

“Fed menganggap pendirian dasar monetari semasanya sebagai ketat, memberi ruang kepada kemungkinan penurunan kadar faedah pada masa depan.

“Oleh itu, kita mungkin melihat ringgit mencatatkan aliran meningkat hari ini,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...