Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Livevartha) — Ringgit terus mencatat momentum positif untuk diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, disokong oleh permintaan belian yang berterusan berikutan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang dari negara-negara pesat membangun, termasuk ringgit, kata penganalisis.

Pada 8.17 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3405/3515 berbanding dolar AS daripada 4.3455/3510 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan Indeks Dolar AS (DXY) dilihat terjejas berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.

“DXY merosot 0.36 peratus kepada 104.058 mata berikutan peniaga dijangka menyimpan keuntungan disebabkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang berkurangan.

“Hasil Perbendaharaan AS juga rendah apabila hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun turun 3.0 mata asas kepada4.21 peratus berikutanparas semasa menjadi semakin menarik dengan Fed AS dijangka melonggarkan dasar monetarinyawalaupun secara berperingkat,”katanya kepada Livevartha hari ini.

Dalam pada itu, katanya peniaga dan pelabur akan sibuk dengan pilihan raya presiden AS berdasarkan persaingan antara kedua-dua calon amat sengit.

Dalam dagangan awal, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding pound kepada 5.6279/6422 daripada 5.6331/6402 semalam, meningkat berbanding yen Jepun kepada2.8582/8657 daripada 2.8589/8627 pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.6969/7088 daripada 4.6918/6978 sebelum ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...