Home Pasaran Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar US

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar US

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Livevartha) — Ringgitdibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini dalam persekitaranpeningkatan permintaan terhadap mata wangAmerika Syarikat (AS) berikutan pengumuman minit Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan ialah pada4.5000/5100berbanding dolar US daripada 4.5000/5050 ketika ditutup semalam.

Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat kepada 108.994 mata, lebih tinggi sebanyak 0.42 peratus berbanding penutupan sebelumnya.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata minit yang dikeluarkan semalam menunjukkanbahawa Fed AS telah memberi gambaranmengenaipotensi perubahan dalam dasar perdagangan di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump yang akan datang.

Beliau berkata Fed AS sedang menilai bagaimana jangkaan peralihan dasarseperti perubahan kepada perjanjian perdagangan atau pengenaan tarif, mungkin menjejaskan ekonomi.

“Penilaian Fed AS seharusnya menjadi pertimbangan penting untuk pentadbiran Trump 2.0 (penggal kedua Trump menjadi Presiden AS) terutamanya jika ia merancang untuk melaksanakan tarif perdagangan yang lebih tinggi.

"Walaupun objektif Fed AS dan pentadbiran mungkin berbeza, tarif yang dinaikkan mungkin memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi," katanya kepada Livevartha.

Oleh itu, Mohd Sedek menjangkakan Fed AS akan melaksanakan hanya akan melakukan penurunan kadar faedah sebanyak dua kalitahun ini dan menjangkakan ringgit akan kekal dalam tekanan dan didagangkan lemah berbanding dolar US dalam tempoh terdekat.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...