Home Pasaran Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Pengurangan Kadar Faedah Global
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Pengurangan Kadar Faedah Global

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Pengurangan Kadar Faedah Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Livevartha) — Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan pengurangan kadar faedah di peringkat global semakin memperoleh momentum dan Rizab Persekutuan AS dilihat teragak-agakuntuk mengikuti trend itu.

Dalam keadaan itu, Indeks Dolar AS meningkat 0.2 peratus kepada 103.47 mata.

Pada pukul 8.01 pagi, ringgit naik kepada 4.2940/3100 berbanding dolar AS daripada 4.2945/2995 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata European Central Bank dijangka menurunkan kadar dasarnya sebanyak 25 mata asas berikutan inflasi susut di bawah sasaran dua peratus dan sentimen perniagaan dalam sektor pembuatanyang lemah.

Beliau berkata di peringkat serantau, Bank of Thailand membuat pengurangan 25 mata asas secara mengejut, susulan langkah serupa dilaksanakan oleh Indonesia dan Filipina, menandakan kadar faedah global mungkin telah mencecah paras tertingginya.

“Bagaimanapun, Rizab Persekutuan AS mungkin menangguhkan pelonggaran selanjutnya, memandangkan daya tahan ekonomi AS memberi kelebihan kepada dolar.

“Ringgit diunjurkan kekal stabilkerana Bank Negara Malaysia mungkin mengambil pendekatan berbeza, (disebabkan) kebimbangan mengenai risiko inflasi yang berterusan,” katanya ketika dihubungi Livevartha hari ini.

Semasa pembukaan dagangan, ringgit lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...