Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikitberbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasakpengukuhan dolar ASsusulan peningkatan keyakinan pengguna di negara maju itu serta kebimbangan berterusan terhadap isu tarif global.
Pada8.05 pagi, ringgit turun ke paras 4.2350/2500 berbanding dolar AS berbanding4.2345/2430.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.59 peratus kepada 99.521 mata malam tadi, mencerminkan pemulihan sederhana walaupun masih di bawah paras 100 mata.
“Peningkatan ini sejajar dengan data terkini Indeks Keyakinan Pengguna oleh pihak Lembaga Persidangan AS yang naik kepada 98 mata,didorong terutamanya oleh prestasi kukuh pasaran saham sejak awal April dan penurunan harga petrol,” katanya kepada Livevartha.
Bagaimanapun, pada masa sama, para penganalisis kekal berhati-hati, kata Mohd Afzanizam.
Pada akhir urus niaga semalam, ringgit susut 0.47 peratus kepada RM4.2388 berbanding dolar AS daripada RM4.2190 sebelumnya selepas peniaga memilih untuk mengambil keuntungan susulan kenaikan baru-baru ini.
“Walaupun keyakinan pengguna menunjukkan pemulihan, ekonomi AS masih berdepan risiko penurunanakibat tekanan inflasi yang berpunca daripada dasar tarif.
“Dalam senario pengukuhan dolar AS dan ketidaktentuan luaran yang berterusan, ringgit dijangka kekal diasak tekanan dan diniagakan dalam julat kecil 4.22-4.23 (berbanding dolar AS) hari ini,” katanya.