Home Pasaran Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Lain

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Livevartha) — Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi urus niaga awal Khamis apabila Indeks Dolar AS terus melonjak kepada 108.142 mata susulan pengumuman Rizab Persekutuan AS mengurangkan Kadar Dana Fed sebanyak 25 mata asas, malam tadi.

Nilai ringgit bagaimanapun lebih mengukuh berbandingmata wang lain, termasuk unit diASEAN.

Pada 8.03 pagi, ringgit di paras 4.4850/4925 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4725 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit-dolar AS kini menghampiri paras rintangan serta-merta pada RM4.5339 susulan pendirian Fed yang cenderung menaikkan kadar faedah dan mendorong permintaan untuk dolar AS.

"Pasaran menumpukan unjuran bagi 2025 dengan Fed menjangkakan untuk mengurangkan 25 hingga 50 mata asas berbanding pengurangan 100 mata asas semasa ramalan September.

"Tambahan pula, apa yang dipanggil kadar neutral juga dinaikkan kepada 3.0 peratus daripada 2.9 peratus. Bagaimanapun, pihak Fed masih berpendapat bahawa pendirian monetari sekarang terhad kepada aktiviti ekonomi," katanya kepada Livevartha.

Pada masa sama, Mohd Afzanizam berkata Fed turut menganggapkeseimbangan risiko antara pertumbuhan dan inflasi adalah sama.

“Fed mahu melakukan lebih banyak pengurangan namunmasih perlu berhati-hati terhadap risiko inflasi. Mengulas pentadbiran Presiden dipilih DonaldTrump 2.0, Pengerusi Fed mengakuitidak mengetahui maklumat berkaitan dan sukar mengambil kira situasi sedemikian dalam proses membuat keputusan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...