Home Pasaran Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Dipengaruhi Ketegangan Geopolitik
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Dipengaruhi Ketegangan Geopolitik

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Dipengaruhi Ketegangan Geopolitik

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Livevartha) –Ringgitdibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, berikutan sentimen enggan ambil risiko dalam kalangan pelabur, dipengaruhi peningkatan ketegangan geopolitik global, katapenganalisis.

Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1595/1680 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1610 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS(DXY) meningkat 0.42 peratus kepada 101.194 mata apabila peniaga dan pelabur mencari mata wang selamat ekoran ketidaktentuan yang semakin meningkat.

“Oleh itu, kami menjangkakan ringgit mengalami penurunan memandangkan permintaan terhadap mata wang selamat dan dolar AS dijangka lebih tinggi.

“Paras sokongan dan rintangan semasa masing-masing pada RM4.0728 dan RM4.2128,”katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata memandangkan sentimen lemah, dolar AS berbanding ringgit mungkin bergerak ke arah paras rintangan serta-merta dalam tempoh terdekat.

Ringgit didagangkan tinggikebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 2.8932/8993 daripada 2.8892/8950 ketika ditutup pada Selasa.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...