Home Pasaran Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Livevartha) — Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam senario kenaikan Indeks Dolar AS dan data ekonomi yang kukuh terus menyokong mata wang negara maju itu, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.

Pasaran ditutup pada Rabu dan Khamis sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat kepada 108.169 mata susulan faktor data ekonomi yang kukuh selain ancaman peningkatan tarif ke atas Mexico, Kanada dan berkemungkinan China yang terus ketara.

“Memandangkan Rizab Persekutuan AS tidak berada dalam kedudukan untuk segera mengurangkan kadar faedah, DXY itu dijangka terus meningkat dan berikutan itu ringgit dijangka susut dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam bagaimanapun berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 AS berada pada 2.3 peratus berbanding 2.7 peratus.

Namun, katanya, teras utama pertumbuhan negara maju itu menyaksikan perbelanjaan pengguna berkembang kepada 4.2 peratus pada suku akhir 2024 selepas masing-masing merekodkan 2.8 peratus dan 3.7 peratus pada suku kedua dan ketiga.

"Ini menunjukkan pengguna AS kekal berdaya tahan dalam pasaran tenaga kerja yang stabil. Selain itu, Tuntutan Pengangguran Awal susut lebih daripada jangkaan kepada 207,000 minggu lepas, berbanding jangkaan ramai sebanyak 224,000," katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...