Home Pasaran RINGGIT DIBUKA MENDATAR BERBANDING DOLAR AS BERIKUTAN SENTIMEN BERHATI-HATI
Pasaran

RINGGIT DIBUKA MENDATAR BERBANDING DOLAR AS BERIKUTAN SENTIMEN BERHATI-HATI

RINGGIT DIBUKA MENDATAR BERBANDING DOLAR AS BERIKUTAN SENTIMEN BERHATI-HATI

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Ringgit memulakan hari ini hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi semasa yang menyaksikan beberapa pelabur beralih kepada aset selamat, menurut ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang tempatan dijangka terus diniagakan berhati-hati menjelang laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan malam ini.

Beliau berkata pada masa yang sama, tumpuan akan tertumpu kepada Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk melihat sama ada ia akan meneruskan pelonggaran dasar monetarinya pada tahun depan mengambil kira Trump 2.0.

“Unjuran suku tahun mereka akan menunjukkan sama ada mereka berhasrat untuk menyemak semula perancangan mereka bagi 2025. Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu depan adalah mengenai hala tuju dasar monetari pada 2025 manakala penurunan 25 mata asas telah diambil kira,\” katanya kepada Livevartha.

Oleh itu, Mohd Afzanizam menjangka MYR/USD akan terus turun naik antara RM4.42 dan RM4.43 hari ini.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding pound kepada 5.6547/6630 daripada 5.6432/6496 pada Selasa dan merosot berbanding euro kepada 4.6600/6668 daripada 4.6595/6648 semalam, bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9143/9187 daripada 2.9189/9224 sebelum ini.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 15 Mac(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) — Kontrak...

MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Ketika Perang Dagangan Meningkat
Pasaran

MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Ketika Perang Dagangan Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) — Kontrak...

Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan, Cecah 4.43-4.44 Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan, Cecah 4.43-4.44 Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) –Ringgit dijangka...