Home Pasaran Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Nov(Livevartha) — Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4450/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4450/4495 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat kepada 106.58 mata selepas laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, yang selaras dengan jangkaan.

Pada masa yang sama, katanya hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun turun sebanyak enam mata asas kepada 4.28 peratus berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada Disember yang semakin meningkat.

“Bagaimanapun, DXY naik, mencerminkan keutamaan peniaga dan pelabur terhadap dolar AS berbanding mata wang lain. Oleh itu, ringgit dijangka kekal rendah dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6610/6864 daripada 5.6678/6736 pada Rabu, mengukuh berbanding yen Jepun kepada2.8642/8773 daripada 2.8692/8723 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.7058/7269 daripada 4.7241/7289 sebelum ini.

Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...