Home Pasaran Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar US

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar US

Oleh Karina Imran dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha)– Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkanprospek penurunan kadar faedah AS semakin ketara, kata seorang penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada4.4200/4300 berbanding dolar US daripada4.4240/4305 pada Isnin.

Tahun ini, ringgit mencatatkan kenaikan yangmemberangsangkan, meningkat 4.1 peratus berbanding dolar US, kataKetua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashidkepada Livevartha.

“Dalam pada itu, ringgit melonjakberbanding mata wang serantau, naik10.5 peratus berbanding won Korea Selatan, 9.5 peratus berbanding rupiah Indonesia, 8.6 peratus berbanding peso Filipina, 7.8 peratus berbanding baht Thailand dan 4.4 peratus berbanding dolar Singapura.

"Bagaimanapun, aktiviti pengambilan untung yang tidak menentumungkin berlaku kerana peniaga mungkin terdorong mengambil keuntungan untuk sementara waktu," katanya.

Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit kekal sekitar RM4.42 hingga RM4.43 berbanding dolar US hari ini.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pengumumanIndeks Pengurus Pembelian (PMI) untuk sektor pembuatandan perkhidmatan, kedua-duanya melebihi 50 telah mengurangkan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi yang mungkin dihadapi AS.

"Ringgit mungkin dibuka lebih tinggi sedikit apabila pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke arah Asia," katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Indeks utama...