Home Pasaran Ringgit Catat Perubahan Kecil Berbanding Dolar AS Pada Akhir Urus Niaga
Pasaran

Ringgit Catat Perubahan Kecil Berbanding Dolar AS Pada Akhir Urus Niaga

Ringgit Catat Perubahan Kecil Berbanding Dolar AS Pada Akhir Urus Niaga

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Livevartha)– Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketarapada akhir urus niaga Jumaat.

Pada 6 petang ini, ringgit diniagakan pada paras4.4680/4750 berbanding dolar AS,susut sedikit daripada 4.4670/4715 pada akhir dagangan semalam.

Sentimen optimis berterusanmengenai pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS pada tahun depan, juga ternyata memberi sedikit sokongan terhadap sentimen berkenaan.

Selain itu, pemulihan dalam pasaran minyak mentah selepas mengalami penurunan sebelum ini, juga memberi sokongan terhadap mata wang tempatan itu.

Bagaimanapun, Ketua Penyelidik PelaburanUOB Kay Hian Mohd Sedek Jantan berkata jangkaan pasaran mengenai hanya dua pengurangan kadar faedah AS dalam 2025, di tengah-tengah data tuntutan pengangguran AS yang diumumkan semalam, terus menambah tarikan dolar AS.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata berdasarkan perkembangan sebelum ini, dolar AS cenderung lemah pada masa ini, namun jangkaan Presiden Donald Trump melaksanakan tarif hanya meningkatkan lagi ketidaktentuan.

“Saya menjangkakan mata wang Asia, termasuk ringgitakan menyaksikan minggu urus niaga yang berhati-hati dengan urus niaga yang lebih terhad,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit ditutup mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8300/8346 daripada 2.8373/8405 semalam, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5904/5991 daripada 5.5967/6023 dan naik berbanding euro kepada 4.6543/6616 daripada 4.6448/6495.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...