Home Pasaran Prestasi Niaga Hadapan Serantau, Isu Bekalan Pacu Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran

Prestasi Niaga Hadapan Serantau, Isu Bekalan Pacu Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Prestasi Niaga Hadapan Serantau, Isu Bekalan Pacu Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Feb(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan komoditi itu selain kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli, kata peniaga.

Bercakap kepada Livevartha, beliau berkata sentimen pasaran lebih positif selepas kerajaan China mengumumkanlangkah rangsangan bagi memacu prestasi ekonomi.

China mengekalkan kadar utama pinjaman (LPR) dikekalkan pada3.10 peratus manakala LPR lima tahun juga kekal pada3.60 peratus.

“Bagaimanapun, keuntungan seterusnya dikekang oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan berkaitan ketegangan AS-China yang meruncing,” katanya.

Presiden Donald Trump pada Rabu berkata akan mengumumkan tarif ke atas kayu, kereta, semikonduktor dan farmaseutikal pada bulan depan atau lebih awal.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata setakat jam 3 petang, Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 meningkat 13.5 sen kepada 924.0 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok 3.5 sen kepada 693.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...